Pages

Wednesday, July 28, 2010

++ Jadi Tahanan Dalam Kereta Bapa ++

seramnye bila baca citer camni. tu anak2 yang da besar...kalau anak2 yang kenit2 lagi camne..mintak simpang malaikat dari kejadian sebegini... 

aku ni da le mmg jenis yg fobia sket.. jgn la sesekali tinggalkan anak2 dlm kete..tak kira la utk 2 minit pun. make sure ada org besar yg boleh dipercayai kalau nak tinggalkan pon...and MAKE SURE...pintu KUNCI. aku ni kalo asben nak bwk bebudak isi minyak kete ke..g kedai ke.. mmg le aku akan menjerit2 kabo bwk diorg sekali..jgn tinggalkan dlm kete... kunci pintu bila masuk kete...bla bla bla bla.. hehehhe maklum malang tak berbau kata dek org...sesaat pun kita leka boleh mengubah seumur kehidupan kita..

 




Jadi Tahanan Dalam Kereta Bapa



FAUZIAH memeluk Nurul Fatin Farhana dan Siti Haidar ketika ditemui di rumah mereka di Kamunting semalam.



TAIPING - Dua beradik yang sedang menunggu ibu bapa mereka di dalam sebuah kereta jenis Honda Accord menghadapi detik cemas apabila ditawan selama dua jam setelah kenderaan itu dilarikan tiga lelaki dalam kejadian di Kuala Kangsar dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 9.30 malam itu berlaku apabila adik-beradik berkenaan, Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 16, dan Siti Haidar, 6, sedang menunggu ibu bapa mereka yang berurusan di sebuah kedai foto di situ dalam keadaan kereta itu tidak dimatikan enjinnya manakala pintunya pula tidak dikunci.
Difahamkan, mereka dilarikan sejauh 25 kilometer (km) sebelum ditinggalkan di sebuah kawasan gelap di Liman Kati di sini.
Ibu mangsa, Fauziah Shaafie, 44, berkata, beliau dan suaminya, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, singgah ke kedai foto di Jalan Sagor, Kuala Kangsar untuk mengambil gambar yang dirakam sempena majlis minum petang bersama Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.
"Kami meninggalkan anak kedua dan bongsu kami di dalam kereta yang tidak berkunci.
"Selepas 15 minit melihat gambar-gambar berkenaan, suami saya menyedari kereta kami telah tiada. Kami kemudian terus meluru keluar dari kedai itu dan mendapati Nurul Fatin Farhana dan Siti Haidar turut dilarikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting dekat sini semalam.
Berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

0 comments: