Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine Max merupakan salah satu daripada 7 "super foods" di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.
Kacang soya merupakan "Makanan Berfungsi" yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.
Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-
- Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
- Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
- Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
- Gula kompleks dan "oligosaccaride" dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran.
Mengapa kacang soya organik Melilea adalah yang terbaik di pasaran?
- Bebas daripada toksin dan "heavy metals", bakteria, kulat dan aflatoksin serta racun serangga.
- Disebabkan soya sensitif terhadap kontaminasi, soya organik mesti diproses di kilang yang diiktiraf HACCP(RvA) dan ISO9001:2000(
UKAS) - Bebas daripada Urinase Enzyme supaya tidak mendatangkan masalah gout.
- Nisbah protein kapada karbohidrat adalah di dalam lingkungan 0.6-1.0 supaya tidak menjadikan anda gemuk atau menghasilkan bebanan kepada fungsi ginjal.
- Ia bersifat keseluruhan ("wholesome"
) dan bukan hanya protein soya isolate sahaja. - Ia kaya dengan asid amino perlu, asid lemak omega-3, dan zat kalium.
- Bebas daripada bahan "thickener" dan perasa tiruan.
Kesimpulannya, kebaikan kacang soya demi kesihatan memang memberangsangkan. Akan tetapi, anda mesti memastikan ciri-ciri keselamatan barangan sebelum ia digunakan untuk jangka panjang.
Khasiat kacang soya untuk wanita
Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya.
Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala `hot flashes' sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.
0 comments:
Post a Comment