OMG!!!!!!!!!!!!!!!! nak pegi ...nak pegi... adeeeiii nape le buek time hari keje... camne nak g...jauh bebenor..ohhh sungguh tidak aci
Wednesday, July 28, 2010
++ FIESTA DURIAN 2010 ++
semalam dapat email ni:
OMG!!!!!!!!!!!!!!!! nak pegi ...nak pegi... adeeeiii nape le buek time hari keje... camne nak g...jauh bebenor..ohhh sungguh tidak aci
P/s: utk yg bukan warga TM ..idok le teman tau plak kekekee
OMG!!!!!!!!!!!!!!!! nak pegi ...nak pegi... adeeeiii nape le buek time hari keje... camne nak g...jauh bebenor..ohhh sungguh tidak aci
Warga TM sekalian,
Muzium Telekom bakal menganjurkan pelbagai acara menarik di sepanjang tahun 2010 bersempena dengan Sambutan Ulangtahun ke-16 Muzium Telekom. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Muzium Telekom dengan kerjasama Federal Agriculture Marketing Authority (FAMA), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, akan mengadakan “Fiesta Durian 2010 @ Muzium Telekom” iaitu jualan buah-buahan secara besar-besaran selama tiga hari berturut-turut. Oleh itu, pihak Muzium Telekom dengan berbesar hati menjemput semua anggota TM untuk mengunjungi gerai-gerai jualan buah-buahan seperti berikut :
Tarikh : 27 Julai 2010 hingga 29 Julai 2010
Masa : 10 pagi – 8 malam
Tempat : Laman Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur
Pengunjung akan berpeluang untuk menyertai program berikut :
a) Bayar RM15 untuk makan durian sampai kenyang (eat-till-you-drop)
b) Kuiz Buah-buahan Tempatan Malaysia
c) Peraduan meneka berat buah-buahan tempatan
d) Pertandingan Makan Durian
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Muzium Telekom di talian 03-2031 9966.
Jumpa anda di sana!
Bagi pihak Muzium Telekom
Komunikasi Korporat Kumpulan
Telekom Malaysia Berhad
Labels:
Citer Teman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment